Thursday, January 31, 2013

finally.. dapat no tepon nya

credit to ciksweetie sebab post kan pic ini. pening ML google merata cari no tepon chim chum food village d'bayam.

jadi ini lah alamatnya


Food Village Restaurant (cawangan jalan bayam) @ Food Village d'Bayam
Untuk tempahan hubungi En. Mohd Noor 019-5977122 atau 013-9475137/ Hana 017-9679675




Sayang.... kalo nak ikut jom lah...

Wednesday, January 30, 2013

7 cara kempiskan perut. Jom try!




1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba

Tuesday, January 29, 2013

fluffy love

the most most wonderful gift ever!!!!! thank you sayang.  I LOVE YOU~ hugs!


it's been a while.. I keep on asking him for this furry cute thing. And here.... he brought me not one... but TWO fluffy super cute cats. 4 month juvenile cats. The cats' name which was given from their previous owner- both share the same name- BUCIK (buncit). Since there's one male and one female, I called them Kak Cik and Abe Chik.

just arrived.. blur and confuse... abecik tengah baring..kaler dia gelap skit berbanding kakcik.

Friday, January 25, 2013

kini berteman

Malam-malam ku kini tak lagi sepi.... weeee.... dengan kembang idong jalan dalam mall bawak menatang ni. Terima kasih dan peluk cium muah3 .... dalam blog jer tulis...takleh cium pun T.T



Huh... masih lagi peluk... gebunya... betul ke tahun ni aku nak kawin. Masih gila ngan hello kitty... dan masih nak bear. Takpe lah... ni tandanya muda rumajaaaa....

i love you toooooo.... 

abg... 2 minggu ni saya takkan merajuk. Promise!

hello kitty's finally mine

The galaxy Y hello kitty is finally mine.... wa tada hal la harga nya antara the cheapest smartphone. Kecumelan nya mengatasi segala. Skang ni tak kisah sangat spec camera tu. Zaman duckface sudah berlalu. Hehe... thanks syg for the diamond tinted.

gini la rupa nya bila dibuka...yeyeye

hi cute!

home button. Aiyaaark! so cute!!!!! pengsan~

miss kitty kini berkawan ngan android

:)

sebesar mana kah yang mampu




cam dalam citer terminator plak


Gambar di atas bukan deretan peti sejuk... tetapi datacenter facebook atau selalu kita sebut server ke hape. Hek..aku bukan orang keje ni. Tak tau apa nama saintifik menatang ni. Setiap saat mungkin berjuta-juta pengguna facebook dapat online serentak. Sekali post status or comment saat tu jugak kuar apa yang kita tulis tu. Perkara ni cam dah biasa so kita tak rasa kagum pun. Untuk menjayakan setiap komen anda, facebook company buat ladang server yang giler punya besar. Leh post comments, pictures, main game...pendek kata macam-macam ada.

the facebook ville!!!! 

Cukup jeles ngan server facebook tu..... bukan ape...tiap-tiap malam aku ngadap segala macam maknek website data student. APDM, SPBS, dan ntah apa lagi yang akan datang. Dapat settle kan nama 2 pelajar semalam pun syukur... very the siput sedut. Setiap kali online walaupun tengah malam tak kurang 40k jumlah guru-guru sedang di atas talian (tertera di page log in). Tapi syok gak bila tau ramai senasib. Makes me wonder how 'big' is our education system internet server. Takde ke dalam bajet 2013 nak bagi besar sket mende ni. Itu yang cikgu pi log in facebook wat ubat jiwa tunggu loading berjam-jam. Tensen woo... 


gambar hiasan


kisah penjual polisi insuran




Syukur... itu perkataan yang terpacul dari mulut ni. Pada hari isnin lepas...ada 2 orang ejen insuran masuk bertandang di bilik guru. Lelaki... hensem... suara yang cukup macho...

Saya memang luar biasa bekerja minggu ni. Rasa sesak nafas berkejar ke kelas, bilik sukan, dan bilik guru.. Banyak file kena settle sebelum pemantau datang. Sebaik saja saya masuk ke bilik guru, terus buka laptop, buka file word untuk edit balik apa yang patut, datang la abang insuran.... dia mulakan bicara. Mula-mula tanya sikit background saya, lama dah ke keje, dah kawin ke belum, dah ada insuran ke belum... dan bla...bla... dan saya hanya.. ooo... eh... ooo...eh... gitu je saya jawab. Saya cuma ada masa 20 minit je lepas tu kena naik plak tingkat 4. Adoiii...mamat ni buka plak file clear holder dia.... tunjuk macam-macam la risalah insuran. Mata saya naik juling pandang laptop dan pandang file dia.

Marah dia? No. No. No. Mama ajar tak baik hina orang yang datang camtu. At least dia cari makan bukan mencuri... Walaupun dalam hati berasap panas nak je halau dan bertepik suh dia kuar cepat-cepat. Aku nak menaip ni woiiii...tak nampak ke?? Namun dalam ati je mampu marah. Saya tetap senyum.

Sampai masa saya ada kelas... saya cakap ngan dia nak naik dulu. Dia senyum...cakap terima kasih dan bagi kad. Oooo.. lulusan engineering. Hmm... itu lah dunia. Kerja bukan senang nak dapat. Detik tu saya rasa syukur sangat-sangat. Kalau lah saya ditakdirkan menganggur...mesti kerja macam tu yang saya cuba buat. Agaknya lagi teruk saya cuba menggoda client. Jual perkhidmatan tak sama cam jual barang... jual tupperware senang leh tengok gambar, pililh-pilih kaler. Dah kerja nya jual polisi kena lak seolah-olah pujuk dan bercerita panjang lebar. Kata sorang kawan... ejen insuran ni 'menjual ketakutan'. Supaya bersedia jika esok tiba-tiba dapat kanser..eksiden..dan macam-macam. Mesti sedih kan kena bercakap banyak untuk promote. Elaun pun berdasarkan jumlah jualan polisi. Walaupun sebelum tu berapi nak marah. Saya perasan wajah ejen tu nampak cukup tabah. Siyes.... tebal muka nak ganggu orang tengah keje. Demi cari makan!



The Birth of The Great Khalifah

Salam maulidur rasul. Salam atas junjungan mulia. Kelahiran kekasih Allah, Muhammad S.A.W.

Satu hari yang menyenangkan. Cuaca pun indah. :)

Tuesday, January 22, 2013

cramp no more.. petua hilangkan kebas pada kaki

waaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! 



gambar hiasan.... bukan kaki saya

Cramp atau kebas.. terutamanya pada bahagian kaki sering berlaku.. kat mana-mana... bila-bila masa. Selalu je time keje... duk naip lama-lama. Ada jugak tengah-tengah berdiri mengajar kaki leh rasa cramp.. terhincut-hincut cari kusi... kaki rasa cam dicucuk jarum. Pedih dan ngilu yang teramat sangat. Satu inci pun kita taknak gerakkan. Kalau semut jalan atas kaki yang cramp tu.. mampos semut tu kita lenyek dan maki-maki. Demikian dahsyatnya situasi apabila kaki dilanda kekebasan.

Saya terbaca satu petua... kalau tak silap dalam majalah rapi... saya cuba.. dan BERKESAN! Mudah sangat dan menghilangkan derita tak sampai seminit. Saya ada ajar kawan tentang petua ni dan dia pun sangat kagum dan berterima kasih. Caranya.... cium pipi suami!

Hek....  gurau..

Caranya.. kalau kaki kanan yang kebas...cuba gerak-gerakkan kaki kiri... dan begitu sebaliknya jika berlaku kebas pada kaki kiri.... gerakkan kaki kanan. Mula-mula tak percaya dengan petua ringkas ni. 4,5 kali je gerakkan pergelangan kaki..pusing-pusing... dah rasa lega dan terus hilang kebas. Dulu kadang-kadang lebih 10 minit duk tahan sakit... mengerengkot kaki urat jadi tegang sangat. Petua yang guna minyak segala macam cara urut pun tak jadi.

Nak terangkan dalam sudut sains saya tak pandai. Ini saja yang saya dapat kongsikan.

Sunday, January 20, 2013

doodle imv

yahoo messenger ada satu aplikasi yang comel iaitu imv.. mende ni dah lama tapi tetap comel. Hahahahaha.... sonok jugak conteng-conteng sambil chat.







uhuk-uhuk.. ehemmmm




ada plak dia tetido.. tulis tak abes lagi.. saya bagi satu QUESTION MARK!

passion

cover buku pengurusan asrama

ok... pada yang mengenali diri ku yang kerdil ni... saya memang suka graphic designing.... So.. bila ditugaskan untuk apa saja berkenaan grafik dan editing, I did it with passion! Cover di atas saya hanya gunakan cs3 yang paling kuno dah tu... sesuai ngan lappy samsung yang beli emergency lepas acer ranap terhempas hard disk. Sungguhpun begitu.. ada pihak yang mengambil kesempatan atas kesanggupan saya... kata kak lin... saya dibuli.  Saya cuba terima dengan positif... mungkin lepas ni saya akan lebih cekap dan bersedia setiap kali diberi tugas. Insya Allah... tengah usahakan isi kandungan buku untuk meeting besok.

apdm..jeng!

adoi laaaa....... saya perlukan pembantu IT untuk menguruskan data APDM..... tolong.

Saturday, January 19, 2013

cinta hello kitty

Malam ni bekerja lah kita sekuatnya.... siapkan buku pengurusan. Agi idup agi gelaban! Dah dapat time table baru yang lagi pack. Dan waktu sarapan pun terjejas sebab banyak kelas awal pagi... kena bekalkan meja dengan biskut-biskut untuk elakkan perut saya mengigau. Khamis kena pakai baju PJ nampaknya..

mood: merajuk dalam rindu~ haih...complicated sekali. 

ni lagu untuk abg


beloved uncle



Ayohdo.... he is my beloved uncle... favourite uncle... dari kecik menyendeng manja ngan dia. Selalu kalo balik tganu dulu dia la yang dukung, sumbat saya dalam raga motor, abg long ponggek kat belakang, gi mandi sungai... motor buruk arwah ayoh (atuk) 'honda samah' yang sangat comel bunyi ngep..ngep...ngep... tiap kali turun bukit. Ayohdo satu-satu nya saudara lelaki seblah mama. 

Ayohdo dulu masa kecik dia sakit... saya tak pasti sakit apa tapi kanser. Mama sebagai anak sulung.. uruskan dia di HUSM kubang kerian..masa tu baru je buka. Alhamdulillah... dia dah sembuh walau kaki dia ada sedikit masalah lepas pembedahan. Saya yang bodoh lagi masa tu iye-iye percaya yang parut kat lengan dan kaki dia tu sengatan lipan. Sebab nampak cam lipan je... parut panjang ada bintik-bintik..sebijik cam lipan. Kalau tolong cabut uban dia...saya dapat duit 20sen leh beli cikedis.

Balik pada story terkini.. saya ingin nasihat pakar berkenaan pengurusan kewangan... mula-mula saya call along. Along plak suh col ayohdo kalau nak tanya bab kereta. So saya call...

Salam, ayohdo..ni nak tanya..yana nak bli kete

-Ish..wat gapo gak baru kijo kan.... 

Kancil tu banyak problem... minyok pun parop.. keto lain auto jugok tapi tak teruk gitu. 

-Aloh... kijo dekat jah kan... tak payah rusing la... jangan pikir lagi keto... biar ada aset lain dulu. Sabar dess... kalu nak beli sangat pun tunggu bulan 3... (aku masih tak paham nape bulan 3).

ooo...ok.... hmmm...

-gini la... ayohdo tengah plan nak amik crv atau prius ni.... kalu yana nak sangat keto baru...  guna dulu altis ayohdo... amik la dulu pakai sebelum bulan 3 ni.

(gulp! kalau pakai toyota altis tu adalah nampak cam kete gerak tanpa pemandu.. toooooo bulk for me)

no thanks ayohdo... yana tunggu la bulan 3 ek.

-ayohdo dan isteri juga keje cikgu.. tapi tokey sarang burung walit... hmmm.. wat sarang burung kat sini masyuk jugak kan... kat dabong ke. 

bebel

Terlelap awal sebab cuaca dan keresahan jiwa... jawab abg call... ermmm.. entah la. Saya tak tau nak buat keputusan. Apa yang diaturkan... tak de kuasa saya nak tolak. Sebenarnya kepala pening masa kuar tadi. Masa makan kt foodcourt... rasa berpusing je.. ceduk pelan-pelan nasi air... huh... naik darah kut.. menyirappp..toing! Pas solat asar rasa lega skit... wudhu dan sujud  itu memberi ketenangan~

Baca kat wall fb kawan-kawan... katanya penyata gaji sudah kuar. Alhamdulillah ada bonus. Leh cover belanja pinggan mangkuk baru mama. 

Mata tengah mencelik luas ni. Perut sekali lagi buat onar.... dia bunyi-bunyi macam pesta buih dalam perut. Pil tertinggal dalam bilik warden. Lewat makan petang tadi kut. Dah pukul 2 pagi... bosan nye oh mak..... 

Friday, January 18, 2013

perbincangan

dah bincang.. susun kata-kata dengan teratur... mama akhirnya cuba menerima.

adakah diari ini kekal rahsia sehingga saat itu...

pujuk hati...


puisi: ikhlas

Semalam susah tul nak lelapkan mata
antara bahagia dan derita
kedua nya mengganggu mimpi
Entah lah... silap kah keputusan ni...


ikhlas

manusia biasa
tak mampu melihat keikhlasan
ibarat semut hitam berjalan 
di atas batu gelap waktu malam
kehendak hati jangan lah dipaksa
andai tiada terniat
leraikan lah simpulan
alangkah indah
jika ikhlas itu dihamparkan jelas
seperti terang nya mentari 
mungkin aku pembawa malang
yang harus berundur 
agar dia bertemu bahagia
terlalu kerap mencuba
akhirnya yang luka dan bernanah
hati sendiri

miss lee | 18.01.13 | 2.03 p.m.

reading me


"I would like to describe myself as a book. You have to read me through to know me. Find whether there is love, advanture, or thrill. It is up to you to like or dislike how the story end" - bai

Thursday, January 17, 2013

puisi: saat yang terhenti

kutujukan buat sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi dalam susah dan senang ku. Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Kusedari kekangan jarak dan waktu membataskan hubungan tapi ku sentiasa mengingati :)


Saat yang Terhenti

Bagai jejak di tepian pantai
hilang di setiap deru ombak
begitu lah hadir insan dalam hidup
meniti kedewasaan
kutemui pelbagai rencah dan ragam 
tiada yang seindah dan mengukir senyum
melainkan sahabat sejati
yang lahirnya luhur
indah bagai mawar kala dingin fajar
setiap tawa dan tangis
tiada sekalipun kau berundur
dari menghulurkan tanganmu
seikhlas hati 
air mata seakan bersatu
dan waktu terhenti
bersama mu sahabat


miss lee | 18.01.13 | 12.08 a.m.


in my playlist


bila ku tunggu jawapanmu...

hmmmm...



baru je nak berangan.. sekali dush!

urmmm... sedih pulak....

my sorrow weekend




ilmu

emmm.... dengar macam-macam kat bilik guru tadi. Sekolah kan tempat menimba ilmu. Tak kira ilmu apa pun. Hehehehe... k bai!

Wednesday, January 16, 2013

puisi: cerita warna




mungkin patut ku hentikan cerita ini
sejarah tak perlu berulang
perkara yang menjadi kebiasaan
yang tiada penghujung
tiada noktah simpulnya
ada baiknya
kita buka lembaran baru
hidup yang terlalu lama 
dalam rona hitam dan putih
ingin sekali ku lakarkan warna
aku percaya warna itu lebih indah
seperti terciptanya pelangi 


miss lee | 16.01.13 | 9.10 p.m. 

lulus kiss kiss

alaa..cekeding time induksi 


Awwww.... sangat hepi akhirnya terjawab persoalan misteri yang hampir sebulan ku pendam hiba. Dapat gak call pegawai yang terlibat. Jawapannya... saya lulus kursus induksi! yey!!! Huhuhu.. sedih wo tiba-tiba masa semak nama kat talian online tu kuar -NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI. What the fish! Lulus kata lulus.. kalo tak lulus bilang tak lulus. Takpe lah.. harap saya akan dapat hitam putih pengiktirafan lulus KISSM tuh. Ishhh... sapa la pegawai IT yang key in data salah sampai saya takleh nak tengok result. Kiss kiss.. mmuah!

Tuesday, January 15, 2013

clown in me

mera naam joker

ML is listen, listen, and listen enough. Funniest joke for the year. okay, forget about the listen. I've just discussed on something really serious but I'm trying to make it less serious. Cheers and laughter is what you can see, but the rotten heart?

There's a lot of time... when i'm surrounded by many people yet feels so isolated. I'm a clown, full of colours,  wide red lips, frizzy big hair. I'll do anything... for the sake of others. Because there's a part of me is broken. Therefore, fake smile always occur. Apa yang aku merepek ni. Haha... (fake laugh again)


takwim persekolahan 2013

Hah..amek... besar punya saya paste. Syoknya jadi cikgu? Huhu... ingat cuti tu memang kitorang cuti ke? Ingat gak ada orang yang ngomel cikgu gaji best cuti pun banyak... deiii asal ko tak jadi cikgu gak? cer try. Mampu?

Waahh.. hari keputrian ku jatuh pada cuti penggal 1. Best3


Monday, January 14, 2013

mari berderat

Dah selesai ngajar... betul-betulkan urat jap. Seb baik kusi best. Semalam sakit sangat belakang ni. Pikir-pikirkan tiap kali stress memang camni. Pakej gastrik ngan sakit belakang. Huhu.... sudah agak lama juga berkecimpung dengan kerja tanpa holiday.... saya mau cuti. Holiday.... mari survey tempat holiday yang reasonable, nak lebih-lebih I tak mampu lagi. Huhu..jum berangan sebelum loceng bunyik....

1. Pulau Redang


pulau redang, terengganu
Hmm... yang ni sebenarnya agak mewah. Sangat cantik dan best untuk scuba (takdak lesen..forget it). Snorkelling pun ok... sini banyak bot mewah... leh cuci mata tengok mat salleh berjemur. Nak berapa adventure untuk yang lasak cam saya. Untuk yang nak rehat... baring... layan view yang supa dupa indah.


2. Pulau Tioman


pulau tioman, pahang
Untuk percutian romantik, uhuk-uhuk... lebih kurang cam pulang redang jugak. View yang cantik. Tak banyak aktiviti. Bagus untuk asah kemahiran DSLR. Snap lah pic sampai kembung SD card. Leh cuba berkayak... lawa wooo air laut. 


3. Cameron Highland

cameron highland, pahang
Percutian idaman dalam drama vanilla coklat. Tempat cantik, sejuk. kikiki..  Selalu pergi dah ngan family tapi tetap tak bosan. Suka bunga, dan suka sangat3 dengan stoberi coklat tu. Haha... walaupun azab gak nak sampai ke tempat ni tapi berbaloi-baloi. Makan, makan, dan makan.. pastikan hotel ada hair dryer.... beku kepala kalau rambut sejuk pagi-pagi. 


4. Langkawi
pulau langkawi, kedah
Ultimate choice untuk ngabihkan duit. Syurga beli belah. Kan pekan kuah tu ada restoran yang best...cukup murah.... sedap sangat. 3 malam trip sekolah duk makan kat situ. Aikk.. tau cakap pasal makan je. Mana tak bulat badan. Coklattttt.... nyum nyum. Naik kete kabel tu tersangat lah gayat. Saya tak pandang sangat pun view... kecut perot. 

Sunday, January 13, 2013

tarikh gaji 2013


kredit kepada blog akudansesuatu

entry kereta pertama

Tiada kereta ku bawak kau jalan-jalan.. rumah pun ku tiada ada pun bapak punya.....

Ok... ini entry serius yang ML bikin walaupun tanpa ilmu yang cukup selayaknya dengan diriku yang memiliki hanya sekeping lesen memandu berstatus P. Tak pandai yang komen lebih sebab saya pun masih tak faham sangat sekiranya diceritakan tentang spec kereta. Kena tunjuk satu-satu depan mata dan test sendiri (ahaiiiii memang I tak reti ampun dan maaf)

Kereta baru adalah fanomena di sekolah. Januari ini sahaja 9 orang guru di sekolahku dilihat membeli kereta baru yang plastik seat nya belum lagi dibuka. Oleh yang demikian ayuh lah kita memasang angan-angan bersama. Kita lihat dan survey apakah kereta pojaan hati buat masa ini. Jika diizinkan Allah... dalam tahun ini  adalah kunci kereta baru dalam handbag ni.

1st car dalam konteks kereta yang dipandu adalah si comel sang kancil yang berjasa sejak ku berkhidmat di Bachok. Bakal ku beri pusaka ini kepada adik sekiranya aku memiliki kekasih baru. Jadi ku mencari kereta pertama yang ku beli dengan wang hasil kerja ku.

Carta yang berikut adalah berdasarkan keadaan semasa dan juga jenis kenderaan yang telah dimiliki oleh rakan seangkatan denganku.




1. Perodua MyVi

Kereta yang pernah jadi idaman sejak hari pertama daftar sekolah memandu Sejati Erat. kikiki... comel dan ekonomi sekali.



  • Myvi 1.0SR (M) Solid - RM38,924.10
    Myvi 1.0SR (M) Metallic - RM39,447.30
    Myvi 1.3SX (M) Solid - RM43,400
    Myvi 1.3SX (M) Metallic - RM43,900
    Myvi 1.3SX (M) Special Metallic - RM44,300
    Myvi 1.3EZ (A) Solid - RM46,400
    Myvi 1.3EZ (A) Metallic - RM46,900
    Myvi 1.3EZ (A) Special Metallic - RM47,300
    Myvi 1.3SXi (M) Solid - RM46,200
    Myvi 1.3SXi (M) Metallic - RM46,700
    Myvi 1.3SXi (M) Special Metallic - RM47,100
    Myvi 1.3EZi (A) Solid - RM49,200
    Myvi 1.3EZi (A) Metallic - RM49,700
    Myvi 1.3EZi (A) Special Metallic - RM50,100
    Myvi 1.3SE (A) Metallic - RM53,400
    Myvi 1.3SE (A) Solid - RM52,900
    Myvi 1.3SE (A) Special Metallic - RM53,800
    Myvi 1.3SE (M) Solid - RM40,900
    Myvi 1.3SE (M) Metallic - RM50,400
    Myvi 1.3SE (M) Special Metallic - RM50,800






2. Suzuki Swift

dipandu oleh kawan baik di sekolah bachok. Suka..comel untuk gugurl berkerjaya. Namun saya agak kurang berkenan dengan bontot nya yang agak chubby.





  • Suzuki Swift 1.5 (A) (CKD) - RM71,707
    Suzuki Swift Premier 1.5 (A) (CKD) - RM77,707
    Suzuki Swift Sport 1.6 (A) (CBU) - RM102,975
    Suzuki Swift Sport Premier 1.6 (A) (CBU) - RM109,863
    Suzuki Swift Sport 1.6 (M) (CBU) - RM97,131
    Suzuki Swift Sport Premier 1.6 (M) (CBU) - RM104,019





3. Suzuki Alto
Kereta mata belalang yang hampir-hampir saya beli pada awal posting. Sebab terlalu jatuh cinta pada kaler pink iteww. Pastu tertangguh niat sampai sekarang tak beli-beli.




           Suzuki Alto 1.0 GA (M) - RM44,888
           Suzuki Alto 1.0 GLX (A) - RM49,888
           Suzuki Alto 1.0 GSX (M) - RM54,888


4. Toyota Vios

Oh...ini best seller.. pujaan dan pilihan ramai. Menawan dan kacak sekali. Juga dimiliki oleh beberapa orang kawan. Baru je jap tadi si lailee duk racun-racun suh angkat yang ni gak. Sama cam dia.




           Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo - RM90,819
           Toyota Vios 1.5G - RM86,119
           Toyota Vios 1.5E - RM80,319
           Toyota Vios 1.5J (M) - RM70,783
           Toyota Vios 1.5J (A) -RM74,883





5. Nissan Almera

Ni nampak macam kete family dah. Nampak gah but... bukan dalam radar pilihan. Dimiliki oleh seorang kawan.




Finally, the new Nissan Almera is available in Malaysia with four variants include 1.5E M/T, 1.5E A/T, 1.5V A/T and 1.5VL A/T. The on-the-road with insurance price is starting from RM66,800 and RM79,800 in Peninsular Malaysia.




6. Ford Fiesta

Tengah jatuh cinta dengan ini buat masa sekarang. Tengah berkira-kira untuk tahan skit nafsu makan dan berjimat demi yang ini.  Well.... tak tau lah sebab selera saya sentiasa berubah. Ntah apa yang akan jadi pilihan nanti.





           Fiesta 1.6 Sport (A/T) – RM84,888.00 – 1598cc (122@6000 & 152/4050)
           Fiesta 1.6 Sedan (A/T) – RM83,388.00 – 1598cc (122@6000 & 152/4050)
           Fiesta 1.4 Hatch (M/T) – RM69,999.00 – 1388cc (96@5650 & 128/4300)


6. Honda City

Ada 3 kereta ni kat skolah yang masih kerusi bersupik. Namun untuk long distance driving.. agak melenguhkan badan sebab seat nya tak fit ngan body aweks. Komen seorang rakan sekerja yang balik kampungnya di kedah ngan keta baru ini. Mungkin lebih sesuai untuk pemandu lelaki.



           Honda City 1.5L Grade S - RM85,480
           Honda City 1.5L Grade E - RM90,480